NASI AYAM HAINAN LAZAT
Bahan-bahan Nasi : ( untuk 3-4 orang makan )
3 cawan beras basmathi ( dicuci dan di toskan )
1-2 inci halia ( ditumbuk )
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
Mentega
Minyak jagung
Minyak bijan
Cara masak nasi :
Cairkan mentega, masukkan sedikit minyak jagung..tumiskan bawang putih dan halia sehingga agak kekuningan...masukkan beras yang ditoskan tadi..kacau sebati dan masuk kan stok ayam..stok ayam bergantung kepada berapa banyak beras yang digunakan..mcm saya taruk 4 cawan setengah stok ayam..masukkan sedikit minyak bijan dan masak lah nasi seperti biasa
Bahan-bahan Ayam :
1 ekor ayam
1-2 inci halia ( ditumbuk )
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
garam
light soy sos
minyak bijan
Cara masak Ayam :
Masukkan seekor ayam dalam air..campurkan sekali bawang putih, halia,garam dan minyak bijan..perlahan kan api dan biarkan ayam masak secara perlahan-lahan..setelah ayam masak keluarkan dari air dan rendam dalam ais seketika..kemudian toskan ayam..semasa menghidang, letak sedikit light soy sos dan minyak bijan di atas ayam tadi..sedia utk dinikmati
Bahan utk cili:
3-4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
garam
gula
asam limau
cili padi
stok ayam
Cara buat sambal:
blend kesemua bahan di atas.
Siap untuk dihidangkan..oppss kuah kicap..buatlah seperti biasa..hihi
No comments:
Post a Comment